Saturday 30 January 2016

Study vs working

Assalamualaikum..morning guys..sorry sbb x update entri mlm td..letih sgt..huu..

Aku lepasan diploma dan sedang menunggu transcript diploma aku disiapkan oleh lembaga peperiksaan.. sementara menunggu tu aku memohon kerja secara online.. tetapi dalam pada masa yg sama,aku nak sambung study lg kerana utk baiki akademik aku yg hanya cukup2 makan..tetapi pada masa yg sama,aku malu untuk susahkan mak ayah aku lg..sepatutnya mereka dh berehat dr dunia perkerjaan..

Rsa bersalah pula aku..jadi aku putuskan untuk buat part time study je..huhu..insyaAllah..doakan aku ya.. :*

Tuesday 26 January 2016

Wanita dan mekap

Assalamualaikum semua..

Entri kali ni berkenaan dengan wanita dan mekap..ya..semua wanita suka sangat nak jadi cantik..sebab yg tu memang fitrah wanita..termasuklah aku..tapi ada sesetengahnya suka menampilkan kecantikan mereka dengan cara mereka sendiri..contohnya mekap..tetapi ada juga tak suka mekap..

Aku pula suka mekap..memang tak dinafikan setiap kali aku nak kemana mana,akan aku mekap..malas2 aku pon pakai bedak ja utk elakkan muka nampak kusam..

Bagi aku nak mekap boleh je..tp jangan lah lebih2..just cukup utk bagi kita nampak fresh and simple..tak perlu glitter banyak2,buku2 mata palsu and so on..warna lipstick pon just bg nmpk tak pucat..

Kalau yg contouring tu bagi aku tak perlu sbb kita bertudung,so memang tak nmpk la contouring kat pipi and bawah dagu..lebih sesuai guna kaedah strobing dan ia akan buat kita lebih berseri..

Dan paling penting jangan tinggal solat semata mata sayang nak tanggalkan mekap n malas nak touch up semula..huhu..

Ok..takat ni ja entri ptang ni..maaflah sebab tunggang langgang..tengah mengantuk ni..Assalamualaikum.. :)

Psstt...gambar kat bawah tu beza muka mekap n tak mekap..jangan terkejut ye..hihi..

Monday 25 January 2016

Novel vs realiti

Assalamualaikum

Nampakkan tajuk kat atas tu.. apa yang aku nak ulas malam ni ialah berdasarkan tajuk diatas..

Sejujurnya aku memang suka baca novel dari aku tingkatan 1. Sebab kisah cinta kat dalam novel semuanya indah indah dan manis manis belaka..

Bohonglah kalau aku tak pernah berangan untuk dapat lelaki yang dalam cerita2 novel tu..

Sampailah satu hari tu aku tak boleh nak teruskan minat aku dalam pembacaan novel..sebabnya apa yang aku nak semuanya tak dapat macam dalam novel2 tu..

Dan ketika tu barulah aku sedar,cerita dalam novel hanyalah apa yang penulis nak dan tak wujud di alam realiti..

So start from that, I dont want to read that kind of book.. just buku2 ilmiah sahaja..

So setakat tu sahaja cerita aku untuk entri kali ni..

Selamat malam..Assalamualaikum.. ;)

Saturday 23 January 2016

font yang aku guna..hehe..

Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak cerita tentang tulisan (font) yang aku guna kat belog aku ni.. maaflah sebab entri kali ni entah apa2.. tapi aku tak kira! Nak tulis gak..hehe..

Kat belog ni aku guna fonts courier..aku guna font jenis sbb nampak kemas dan unik..

Aku pun tak tau la apa yang uniknya..maybe sbb aku belajar programming kot..and aku suka bentuk camni..hahaha..

Okay..tu ja..terima kasih sebab membaca.. :)

Friday 22 January 2016

Tahun Baru

Assalamualaikum.. setelah lama berpikir untuk menulis semula,jadi inilah keputusannya..aku memilih untuk menulis semula..

Tetapi bukan seperti entri sebelum ini yg banyak tentang info dan ilmiah..tetapi gaya penulisan akan diubah seperti catatan sahaja..cukuplah blog yg lg satu menjadi papan tanda info..hahaha..

Nantikan entri yang seterusnya..adios..

Assalamualaikum..